Tap water smell like shit?
Monday, February 27th, 2006 | 9:39 pm @ SK
[UPDATED VERSION] A few hours ago, I received a call informing me that the poor condition of tap water in Wangsa Maju, Sri Gombak and Old Klang Road area.
"Smell like shit," he said.
Anyone in the know or staying around the affected area, please share.
* * *
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) has released an official statement, with the unpleasant smell is due to the high ammonia content of water from Sungai Selangor which is the main water source. However, it remains safe for daily consumption and the situation will return to normal in a day or two.
![]()
Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin membuat penjelasan mengenai aduan orang ramai berhubung masalah air berbau di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur sejak pagi 26 Februari 2006. Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Kuala Lumpur, Gombak, Petaling Jaya, Klang/ Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat yang memperolehi sumber air dari Sungai Selangor.Pihak SYABAS amat menghargai aduan yang dikemukakan oleh para pengguna mengenai masalah tersebut, di mana SYABAS telah sedia maklum dan telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya.
Untuk makluman para pengguna, kejadian air berbau ini disebabkan oleh peningkatan mendadak kandungan amonia dalam sumber air mentah dari Sungai Selangor untuk tempoh lebih kurang 24 jam sejak awal pagi 25 Februari 2006. Ianya disebabkan oleh limpahan air daripada tebatan Sungai dan kolam-kolam yang mengandungi air kotor yang masuk ke dalam Sungai Selangor, berikutan hujan lebat yang berlaku sejak kebelakangan ini. Keadaan ini melibatkan ketiga-tiga Loji di Sungai Selangor Fasa 1 dan 3 yang diuruskan oleh Syarikat Pengeluar Air Sg. Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Fasa 2 yang diuruskan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd.
Tindakan awal yang diambil oleh pihak operator loji pembersihan air ialah dengan menambah kandungan klorin bagi mengurangkan kadar amonia dalam air mentah tersebut di mana tindakbalas kimia telah menyebabkan bekalan air mentah mengeluarkan bau seperti yang dialami oleh para pengguna.
Pihak SYABAS telah memaklumkan tentang pencemaran air mentah tersebut kepada Kerajaan Negeri, memandangkan pembekalan sumber air mentah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor. Pihak SYABAS memohon agar Kerajaan Negeri menjalankan kajian terperinci serta memantau keadaan di sekitar Sungai Selangor dan mengenalpasti punca yang mengakibatkan amonia meningkat secara mendadak akibat dari peningkatan paras air sungai apabila berlaku hujan lebat sejak kebelakangan ini, dengan kadar segera agar keadaan yang sama tidak akan berulang.
Berdasarkan ujian-ujian yang telah dijalankan sebelum ini mendapati, kualiti air mentah telah tidak mematuhi piawaian di mana ia masih berada di tahap yang tinggi.
Walaubagaimanapun, bagi kejadian terbaru ini, para pengguna dinasihatkan agar tidak perlu bimbang kerana berdasarkan pemantauan yang dibuat terhadap kualiti air yang dirawat dan dibekalkan kepada pengguna, ianya didapati selamat untuk digunakan dan tiada sebarang pelanggaran mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pemantauan seterusnya oleh SYABAS telah menunjukkan paras amonia dari sumber air tersebut telah kembali kepada tahap yang biasa dan dijangkakan masalah ini akan pulih seperti sediakala dalam tempoh 1 atau 2 hari.
Bagi para pengguna yang mengalami sebarang masalah berkaitan bekalan air adalah dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan 24 jam SYABAS (PUSPEL) di talian bebas tol 1800-88-5252, atau menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS), atau email di alamat, puspel@syabas.com.my.
IR. LEE MIANG KOI
Ketua Pegawai Operasi SYABAS
February 27th, 2006 at 2:58 pm
February 27th, 2006 at 9:48 pm
You are very right! No wonder I’ve been smelling something shitty these few days. I couldn’t find the source, but the smell is still there. Now it figures. By the way, I stay in Gombak.
February 27th, 2006 at 9:49 pm
It is the same in Ampang Jaya…. real bad…what happen.It start Sunday evening and still the same…Smell real bad.
February 28th, 2006 at 12:18 am
smell like rotten corpse too
February 28th, 2006 at 12:33 am
gosshh !! yea i agree
stay in old klang road
now i ned to spent rm2.00 per bottle of mineral water per day and perhaps more in the time to come
limited water to brush my teeth, wash my face and also to mandi and minum !!
omg !!
water stink, petrol price hike up, no highway, more jam ! wat d heck is wrong wif malaysia !!
February 28th, 2006 at 1:01 am
actually, pj and klang were already affected since sunday afternoon, and the looks of it says that this won’t be solved anytime soon.
taman desa is also affected this evening, btw.
no water? still acceptable. shitty water? man, i’m gonna file some complains.
February 28th, 2006 at 10:41 am
"berdasarkan pemantauan yang dibuat terhadap kualiti air yang dirawat dan dibekalkan kepada pengguna, ianya didapati selamat untuk digunakan dan tiada sebarang pelanggaran mengikut piawaian yang ditetapkan…. "
Cakap tak serupa bikin! Suruh SYABAS gi minum dulu lar babe…I pikir lepas dia orang bau air tu, dia orang akan muntah tak henti-henti, jangan cakap pasal minum.
Selamat tak selamat I tak peduli, pasal bau macam tahi, kalau I minum, minum air tahi ape bezanya….
February 28th, 2006 at 12:28 pm
It’s true; the water smells like shit. It’s also true; they’re blaming the weather. So convenient to blame the weather. Poor weather can’t defend itself.
February 28th, 2006 at 4:06 pm
realx…small case only, last time in johor, half year the water is still shitty.
February 28th, 2006 at 4:21 pm
ewwwww.
i would rather rent a hotel room for few days and to have all my water supplies smell like shit =(
March 1st, 2006 at 5:49 pm
[…] The Star SMS alert at 5:37pm. Sykt Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. says water supply to certain areas in KL and Selangor will be disrupted in stages for a week from tomorrow until Mar 9. It’s either you bear with the one week disruption or risk your life drinking the "smell like shit water". […]
April 22nd, 2006 at 4:24 pm
[…] Let’s not drill down into the past, but ever since the declaration by Khir Toyo, we’ve heard enough of bad affairs on Selangor state. From city floods to tap water which smells like shit, now we have another new entry: Rubbish! […]